Monday, 11 April 2016

Drama : Marriage Contract (2016)



Barisan Pelakon :
Lee Seo Jin
Uee
Kim Yong Geon
Lee Hwi Hyang
Shin Rin Ah

Sinopsis : Han Ji Hoon ( Lee Seo Jin ) adalah anak seorang chaebol dan mengusahakan sebuah restoran. Dia merupakan seorang playboy dan suka berpoya-poya di awal drama. Walaubagaimanapun, setelah mengetahui bahawa ibunya memerlukan pemindahan hati secepat mungkin, dia mencari seseorang yang dapat melakukan perkahwinan kontrak dengannya. Secara tidak dirancang dia bertemu dengan Kang Hye Soo ( Uee ), yang baru sahaja diambil bekerja di restorannya yang juga dalam keadaan terdesak untuk melunaskan hutang suaminya yang telah meninggal.

Hye Soo mempunyai seorang anak perempuan Cha Eun Sung ( Shin Ri Ah ). Mereka sering berpindah kerana Hye Soo terpaksa melarikan diri dari peminta hutang. Satu hari, Hye Soo secara tidak sengaja terdengar perbualan antara Ji Hoon dan teman karib merangkap pengurus restorannya tentang keperluan untuk mencari seorang penderma hati untuk ibunya. Beliau sanggup membayar sesiapa sahaja yang dapat membantunya dengan pemindahan hati tersebut. Hye Soo yang berada dalam keadaan terdesak dan juga setelah mengetahui bahawa dirinya mempunyai tumor otak dan berkemungkinan tidak dapat hidup lama telah bersetuju untuk mendermakan hatinya dengan syarat.

Syarat tersebut adalah Ji Hoon perlu membayar sejumlah wang yang cukup sehingga anaknya Eun Sung mampu untuk menjaga dirinya sendiri setelah ketiadaan Hye Soo dan juga melunaskan hutang suami Hye Soo. Ji Hoon bersetuju dengan syarat tersebut kerana dia juga dalam keadaan terdesak.

Untuk meneruskan pembedahan, pihak hospital memerlukan bukti bahawa penderma mempunyai hubungan dengan pesakit dan juga penderma tidak dipaksa untuk melakukannya. Di sinilah bermulanya perkahwinan kontrak antara Ji Hoon dan Hye Soo.

Permulaan perhubungan antara Ji Hoon Hye Soo pada mulanya hanyalah bersandar kepada situasi win-win situation. Hye Soo dapat melunaskan hutang suaminya dan Ji Hoon dapat menyelamatkan ibunya. Pada awalnya, sukar bagi Ji Hoon untuk mendekati Eun Sung. Tetapi disebabkan pihak hospital memerlukan penderma melalui proses interview sebelum kelulusan dapat diberikan kepada penderma organ, ini menyebabkan Ji Hoon terpaksa berbaik-baik dengan Eun Sang. Dari sinilah bermulanya perhubungan baik antara Ji Hoon dan Hye Soo di mana mereka perlu bekerjasama untuk memujuk Eun Sang.

Setelah mengetahui Hye Soo mempunyai tumor, Ji Hoon tidak mahu meneruskan niat membatalkan perkahwinan mereka.

Review saya : Lee Seo Jin bukanlah antara pelakon yang saya minati dari awal pembabitan dalam menonton drama dan filem korea. Tetapi semua berubah setelah saya menonton rancangan realiti korea 3 Meals A Day dan Grandpas Over Flower. Setelah menonton rancangan realiti tersebut, saya mula menonton drama lakonannya dan teruja setelah mengetahui beliau akan berlakon bersama Uee dalam dram terbaru ini. Jarak usia ( 18 tahun ) antara dua pelakon ini juga menarik perhatian saya untuk menonton drama ini. Sememangnya jarak usia tersebut tidak mengganggu chemistry antara keduanya dan menjadikan drama ini semakin menarik untuk ditonton.

Plot drama ini sebenarnya agak serupa dengan semua drama perkahwinan kontrak di korea. Watak utama masing-masing menggunakan antara satu sama lain dan akhirnya mula jatuh hati. Plotnya dapat dijangka namun yang membezakan adalah keserasian antara kedua pelakon utama walaupun usia mereka sgt jauh. Uee pada mulanya nampak agak kekok dalam melakonkan watak yang memerlukannya untuk menangis. Namun hampir di akhir penceritaan, lakonannya sangat baik terutamanya apabila adegan bersama Seo Jin.

Lee Seo Jin walaupun mempunyai wajah yang matang dan lebih kelelakian dari bintang korea yang lain namun mampu menarik perhatian penonton dengan lakonannya. Dikenali sebagai Mr Grumpy Korea, tetapi dalam setiap drama lakonannya, beliau dilihat membawakan watak yang menunjukkan sikap bertanggungjawab dan romantik. Itu salah satu tarikan bagi saya dalam drama Marriage Contract. Drama ini tijuga mempunyai watak antagonis iaitu abang tiri kepada Ji Hoon yang merupakan anak sulung dalam keluarga. Awanya dia dijodohkan dengan bekas kekasih Ji Hoon, namun akhirnya pertunangan mereka dibatalkan kerana abangnya mengetahui kisah silam mereka.

Drama ini masih mempunyai 4 lagi episod sebelum melabuhkan tirainya. Saya mengharapkan pengakhiran yang baik bagi kedua pelakon utama. Semoga tumor Hye Soo akan berjaya disembuhkan melalui pembedahan dan mereka hidup bahagia bersama.

OST drama ini yang menarik bagi saya adalah dari Jisoo : Holding On.



Rating saya : 9.1/10

Anda boleh tonton Marriage Contract di :

1) http://kissasian.com/Drama/Marriage-Contract
2) http://www.dramanice.tv/drama/marriage-contract-detail


No comments:

Post a Comment