Barisan pelakon :
Song Joong Ki
Song Hye Kyo
Jin Goo
Kim Ji Won
Kang Shin Il
Onew (Shinee)
Sinopsis : Drama ini bermula apabila Kapten Yoo Si Jin ( Song Joong Ki ) dan Sarjan Seo Dae Young ( Jin Goo ) terserempak dengan seorang pencuri motorsikal. Mereka telah berjaya menghalang pencuri itu dari melepaskan diri dengan menggunakan pistol mainan hingga menyebabkan pencuri itu hilang kawalan. Pencuri itu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Di sinilah Kapten Yoo berjumpa buat kali pertama dengan Dr Kang Mo Yeon ( Song Hye Kyo ) yang merupakan doktor bertugas di wad kecemasan itu. Mereka tertarik antara satu sama lain dan Kapten Yoo memulakan langkah dengan meminta agar Dr Kang merawat luka yang dialami semasa dalam tugasan khas.
Bermula dari situ, ada tarikan antara mereka berdua dan Kapten Yoo kembali ke hospital untuk menerima rawatan susulan dari Dr Kang. Walaubagaimanapun, temujanji rawatan itu dibatalkan kerana Dr Kang menerima kes kecemasan. Kapten Yoo menghubungi Dr Kang untuk mengatur pertemuan seterusnya tetapi berlaku kejadian penculikan dan Kapten Yoo telah menerima arahan khas utk misi ke Afganistan. Kapten Yoo untuk menonton wayang bersama Dr Kang untuk temujanji yang seterusnya selepas pulang dari misi.
Selepas pulang dari misi, Dr Kang dan Kapten Yoon pergi untuk menonton wayang bersama, namun ketika berada di dalam panggung, Kapten Yoo menerima satu lagi panggilan dari pegawai atasannya. Bermula dari kejadian ini, Dr Kang mula merasakan bahawa sukar untuk mereka berdua meneruskan perhubungan kerana banyak kerahsiaan yang perlu disimpan oleh Kapten Yoon berhubung tugasnya dalam Unit Khas Tentera. Namun takdir menemukan mereka semula di Urk, di mana Kapten Yoon ditugaskan untuk Misi Keamanan dan Dr Kang ke sana sebagai Ketua Kumpulan Perubatan Hospital.
Review saya : Saya sememangnya menantikan drama ini sejak membaca berita bahawa Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akan menjadi pelakon utamanya. Selain itu, cerita tentang tentera dan pegawai perubatan yg bertugas di negara konflik ( Urk hanyalah rekaan ) sebagai pasukan pengaman sangat menarik dan jarang berlaku dalam drama korea.
Drama ini tidak begitu berat penceritaannya dan setiap konflik atau tragedi yang berlaku akan berakhir dengan baik. Contohnya, semasa Dr Kang bergelut dalam kereta yang hampir menjunam ke laut, Kapten Yoon berjaya menyelamatkannya. Selain itu, semasa kejadian gempa bumi berlaku dan semasa proses menyelamatkan seorang mangsa , Kapten Yoon telah terperangkap di dalam runtuhan dan berjaya diselamatkan oleh Sarjan Seo Dae Young. Ketika Kapten Yoon ditembak semasa tugasannya di Korea, saya menyangkakan bahawa dia akan mengalami situasi koma yang lama, namun itu juga tidak berlaku.
Drama ini juga mempunyai kisah kedua iaitu antara Sarjan Seo Dae Young dan juga doktor tentera, Leftenan Yoon Myung Ju. Bapa Leftenan Yoon merupakan Leftenan Jeneral bagi Tentera Korea dan beliau menghalang hubungan anaknya dengan Sarjan Seo yg mempunyai kelulusan dan pangkat yang lebih rendah dari anaknya. Beliau lebih berminat untuk menjodohkan anaknya dengan Kapten Yoon. Namun kesungguhan Leftenan Yoon dan sifat hormat Sarjan Seo melembutkan hati bapanya.
Selain dari barisan pelakon dan sinematografi yang cantik dalam drama ini, himpunan OST nya jugak sangat menarik. Lagu-lagu dalam OST DOTS sangat sedap didengar walaupun bagi mereka yang tidak memahami bahasa korea. Antara yang paling menarik perhatian saya adalah lagu dari Gummy : You Are My Everything, Davichi : This Love dan Kim Na Young feat Mad Clown : Once Again.
Sememangnya drama ini adalah wajib tonton bagi peminat-peminat drama Korea.
Rating saya : 9.5/10
Anda boleh tonton Descendant of the Sun di :
1) http://kissasian.com/Drama/Descendant-of-the-Sun
2) http://www.dramanice.tv/drama/the-descendant-of-the-sun-detail
1) http://kissasian.com/Drama/Descendant-of-the-Sun
2) http://www.dramanice.tv/drama/the-descendant-of-the-sun-detail
No comments:
Post a Comment