Biodata :
Tarikh lahir : 22 November 1981
Tempat lahir : South Korea
Tinggi : 158cm
Pendidikan : Universiti Sejong
Tahun Aktif : 1996 - sekarang
Drama : Autumn In My Heart (2000)
Guardian Angel (2001)
Hotelier (2001)
All In (2003)
Sunlight Pours Down (2003)
Full House (2004)
Worlds Within (2008)
That Winter the Wind Blow (2013)
Descendant of the Sun (2016)
Filem : My Girl and I (2005)
Hwang Jin yi (2007)
A Reason to Live (2011)
My Brilliant Life (2014)
The Queens (2015) Trailer Descendant of Sun (2016)
Biodata :
Tarikh lahir : 19 September 1985
Tempat lahir : Seoul, Korea
Tinggi : 175cm
Pendidikan : Universiti Sungkyunkwan
Tahun Aktif : 2008 - sekarang
Drama : Triple (2009)
My Fair Lady (2009)
Will It Snow For Christmas (2009)
Obstetric and Gynecology Doctors (2010)
Sungkyunkwan Scandal (2010)
Deep Rooted Tree (2011)
The Innocent Man (2012)
Descendant Of The Sun (2016)
Filem : A Frozen Flower (2008)
Five Senses of Eros (2009)
The Case of Itaewon Homicide (2009)
Hearty Paws 2 (2010)
Penny Pinchers (2011)
The Grand Heist (2012)
A Warewolf Boy (2012)
Battleship Island (2017)
Khidmat Tentera : 27 Ogos 2013 hingga 26 May 2015
Barisan Pelakon :
Lee Seo Jin
Uee
Kim Yong Geon
Lee Hwi Hyang
Shin Rin Ah
Sinopsis : Han Ji Hoon ( Lee Seo Jin ) adalah anak seorang chaebol dan mengusahakan sebuah restoran. Dia merupakan seorang playboy dan suka berpoya-poya di awal drama. Walaubagaimanapun, setelah mengetahui bahawa ibunya memerlukan pemindahan hati secepat mungkin, dia mencari seseorang yang dapat melakukan perkahwinan kontrak dengannya. Secara tidak dirancang dia bertemu dengan Kang Hye Soo ( Uee ), yang baru sahaja diambil bekerja di restorannya yang juga dalam keadaan terdesak untuk melunaskan hutang suaminya yang telah meninggal.
Hye Soo mempunyai seorang anak perempuan Cha Eun Sung ( Shin Ri Ah ). Mereka sering berpindah kerana Hye Soo terpaksa melarikan diri dari peminta hutang. Satu hari, Hye Soo secara tidak sengaja terdengar perbualan antara Ji Hoon dan teman karib merangkap pengurus restorannya tentang keperluan untuk mencari seorang penderma hati untuk ibunya. Beliau sanggup membayar sesiapa sahaja yang dapat membantunya dengan pemindahan hati tersebut. Hye Soo yang berada dalam keadaan terdesak dan juga setelah mengetahui bahawa dirinya mempunyai tumor otak dan berkemungkinan tidak dapat hidup lama telah bersetuju untuk mendermakan hatinya dengan syarat.
Syarat tersebut adalah Ji Hoon perlu membayar sejumlah wang yang cukup sehingga anaknya Eun Sung mampu untuk menjaga dirinya sendiri setelah ketiadaan Hye Soo dan juga melunaskan hutang suami Hye Soo. Ji Hoon bersetuju dengan syarat tersebut kerana dia juga dalam keadaan terdesak.
Untuk meneruskan pembedahan, pihak hospital memerlukan bukti bahawa penderma mempunyai hubungan dengan pesakit dan juga penderma tidak dipaksa untuk melakukannya. Di sinilah bermulanya perkahwinan kontrak antara Ji Hoon dan Hye Soo.
Permulaan perhubungan antara Ji Hoon Hye Soo pada mulanya hanyalah bersandar kepada situasi win-win situation. Hye Soo dapat melunaskan hutang suaminya dan Ji Hoon dapat menyelamatkan ibunya. Pada awalnya, sukar bagi Ji Hoon untuk mendekati Eun Sung. Tetapi disebabkan pihak hospital memerlukan penderma melalui proses interview sebelum kelulusan dapat diberikan kepada penderma organ, ini menyebabkan Ji Hoon terpaksa berbaik-baik dengan Eun Sang. Dari sinilah bermulanya perhubungan baik antara Ji Hoon dan Hye Soo di mana mereka perlu bekerjasama untuk memujuk Eun Sang.
Setelah mengetahui Hye Soo mempunyai tumor, Ji Hoon tidak mahu meneruskan niat membatalkan perkahwinan mereka. Review saya : Lee Seo Jin bukanlah antara pelakon yang saya minati dari awal pembabitan dalam menonton drama dan filem korea. Tetapi semua berubah setelah saya menonton rancangan realiti korea 3 Meals A Day dan Grandpas Over Flower. Setelah menonton rancangan realiti tersebut, saya mula menonton drama lakonannya dan teruja setelah mengetahui beliau akan berlakon bersama Uee dalam dram terbaru ini. Jarak usia ( 18 tahun ) antara dua pelakon ini juga menarik perhatian saya untuk menonton drama ini. Sememangnya jarak usia tersebut tidak mengganggu chemistry antara keduanya dan menjadikan drama ini semakin menarik untuk ditonton.
Plot drama ini sebenarnya agak serupa dengan semua drama perkahwinan kontrak di korea. Watak utama masing-masing menggunakan antara satu sama lain dan akhirnya mula jatuh hati. Plotnya dapat dijangka namun yang membezakan adalah keserasian antara kedua pelakon utama walaupun usia mereka sgt jauh. Uee pada mulanya nampak agak kekok dalam melakonkan watak yang memerlukannya untuk menangis. Namun hampir di akhir penceritaan, lakonannya sangat baik terutamanya apabila adegan bersama Seo Jin.
Lee Seo Jin walaupun mempunyai wajah yang matang dan lebih kelelakian dari bintang korea yang lain namun mampu menarik perhatian penonton dengan lakonannya. Dikenali sebagai Mr Grumpy Korea, tetapi dalam setiap drama lakonannya, beliau dilihat membawakan watak yang menunjukkan sikap bertanggungjawab dan romantik. Itu salah satu tarikan bagi saya dalam drama Marriage Contract. Drama ini tijuga mempunyai watak antagonis iaitu abang tiri kepada Ji Hoon yang merupakan anak sulung dalam keluarga. Awanya dia dijodohkan dengan bekas kekasih Ji Hoon, namun akhirnya pertunangan mereka dibatalkan kerana abangnya mengetahui kisah silam mereka.
Drama ini masih mempunyai 4 lagi episod sebelum melabuhkan tirainya. Saya mengharapkan pengakhiran yang baik bagi kedua pelakon utama. Semoga tumor Hye Soo akan berjaya disembuhkan melalui pembedahan dan mereka hidup bahagia bersama.
OST drama ini yang menarik bagi saya adalah dari Jisoo : Holding On.
Sinopsis : Drama ini bermula apabila Kapten Yoo Si Jin ( Song Joong Ki ) dan Sarjan Seo Dae Young ( Jin Goo ) terserempak dengan seorang pencuri motorsikal. Mereka telah berjaya menghalang pencuri itu dari melepaskan diri dengan menggunakan pistol mainan hingga menyebabkan pencuri itu hilang kawalan. Pencuri itu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Di sinilah Kapten Yoo berjumpa buat kali pertama dengan Dr Kang Mo Yeon ( Song Hye Kyo ) yang merupakan doktor bertugas di wad kecemasan itu. Mereka tertarik antara satu sama lain dan Kapten Yoo memulakan langkah dengan meminta agar Dr Kang merawat luka yang dialami semasa dalam tugasan khas.
Bermula dari situ, ada tarikan antara mereka berdua dan Kapten Yoo kembali ke hospital untuk menerima rawatan susulan dari Dr Kang. Walaubagaimanapun, temujanji rawatan itu dibatalkan kerana Dr Kang menerima kes kecemasan. Kapten Yoo menghubungi Dr Kang untuk mengatur pertemuan seterusnya tetapi berlaku kejadian penculikan dan Kapten Yoo telah menerima arahan khas utk misi ke Afganistan. Kapten Yoo untuk menonton wayang bersama Dr Kang untuk temujanji yang seterusnya selepas pulang dari misi.
Selepas pulang dari misi, Dr Kang dan Kapten Yoon pergi untuk menonton wayang bersama, namun ketika berada di dalam panggung, Kapten Yoo menerima satu lagi panggilan dari pegawai atasannya. Bermula dari kejadian ini, Dr Kang mula merasakan bahawa sukar untuk mereka berdua meneruskan perhubungan kerana banyak kerahsiaan yang perlu disimpan oleh Kapten Yoon berhubung tugasnya dalam Unit Khas Tentera. Namun takdir menemukan mereka semula di Urk, di mana Kapten Yoon ditugaskan untuk Misi Keamanan dan Dr Kang ke sana sebagai Ketua Kumpulan Perubatan Hospital.
Review saya : Saya sememangnya menantikan drama ini sejak membaca berita bahawa Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akan menjadi pelakon utamanya. Selain itu, cerita tentang tentera dan pegawai perubatan yg bertugas di negara konflik ( Urk hanyalah rekaan ) sebagai pasukan pengaman sangat menarik dan jarang berlaku dalam drama korea.
Drama ini tidak begitu berat penceritaannya dan setiap konflik atau tragedi yang berlaku akan berakhir dengan baik. Contohnya, semasa Dr Kang bergelut dalam kereta yang hampir menjunam ke laut, Kapten Yoon berjaya menyelamatkannya. Selain itu, semasa kejadian gempa bumi berlaku dan semasa proses menyelamatkan seorang mangsa , Kapten Yoon telah terperangkap di dalam runtuhan dan berjaya diselamatkan oleh Sarjan Seo Dae Young. Ketika Kapten Yoon ditembak semasa tugasannya di Korea, saya menyangkakan bahawa dia akan mengalami situasi koma yang lama, namun itu juga tidak berlaku.
Drama ini juga mempunyai kisah kedua iaitu antara Sarjan Seo Dae Young dan juga doktor tentera, Leftenan Yoon Myung Ju. Bapa Leftenan Yoon merupakan Leftenan Jeneral bagi Tentera Korea dan beliau menghalang hubungan anaknya dengan Sarjan Seo yg mempunyai kelulusan dan pangkat yang lebih rendah dari anaknya. Beliau lebih berminat untuk menjodohkan anaknya dengan Kapten Yoon. Namun kesungguhan Leftenan Yoon dan sifat hormat Sarjan Seo melembutkan hati bapanya.
Selain dari barisan pelakon dan sinematografi yang cantik dalam drama ini, himpunan OST nya jugak sangat menarik. Lagu-lagu dalam OST DOTS sangat sedap didengar walaupun bagi mereka yang tidak memahami bahasa korea. Antara yang paling menarik perhatian saya adalah lagu dari Gummy : You Are My Everything, Davichi : This Love dan Kim Na Young feat Mad Clown : Once Again.
Sememangnya drama ini adalah wajib tonton bagi peminat-peminat drama Korea.